Sunday 23 January 2011

Salam Sayang Buat Anakku Hamzah

Hamzah,
Hari ni genap 2 tahun 5 bulan ummi dan abi menempuhi hidup bersama. Biasanya ummi will buat special post untuk mengingati balik saat-saat ummi abi di ijabkabulkan tapi kali ni ummi nak buat a different kind of post untuk kongsi sama dengan Hamzah sebab......

Hakikat indah sebenarnya Allah SWT tetapkan tibanya masa ummi & abi ada jodoh bersama,sah pada tarikh hari ini 2 tahun 5 bulan lepas supaya tiba juga masa Allah tetapkan untuk Hamzah bertemu ummi abi di alam dunia sebagai teman hidup kami bersama. Pada saat ummi sedang karang post ni, Hamzah at almost 9 bulan umur (lagi 6 hari to be precise) tengah syok duduk atas walker Hamzah yang cantik tu di tepi pintu entrance umah kita tengok view luar tengah hujan renyai-renyai. Walker LittleBean untuk Hamzah tu ummi pilihkan di Toys R Us few months ago.Ummi sebenarnya dah lama nak wujudkan blog ni khas untuk Hamzah supaya dapat keep track kalau boleh setiap hari perkembangan and gambar-gambar Hamzah membesar.

Apa-apa pun ummi rasa belum terlambat. InsyaAllah in the future entries ummi akan update kisah hidup perkembangan Hamzah serajin mungkin just macam ummi updatekan personal blog ummi. Ummi harap bila Hamzah dah besar dewasa dapat menikmati saat-saat lepas bersama ummi abi dengan membaca blog khas untuk anak teruna ummi abi sorang ni :)

Ummi end this post sini dulu. Next post ummi janji dengan Hamzah yang ummi akan ceritakan saat-saat macamana keadaan ummi bersama Hamzah berusaha menempuhi ketentuan Allah untuk kita bertemu bertentang mata buat kali pertama. Saat itu memang ummi tak dapat lupakan bila renung muka Hamzah for the first time.

Our precious moment together,alhamdulillah. Allah SWT memang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang kerana memberi peluang ummi menerima Hamzah sebagai amanah olehNya.

Last but not least, always beleive in yourself and between us that Ummi Abi tetap sentiasa sayangkan Hamzah.

Salam sayang,
Ummi

No comments:

Post a Comment